Wednesday 31 December 2014

Balasan Janji Palsumu.

Hi uolls! Hiks lama aku tak update blog ni. Today baru ada kesempatan nak belek belek blog ni. huhu. Done blogwalking and follow others blog. Then tiba la masanya untuk aku update aku punya next entry pulak. 

.BALASAN JANJI PALSUMU.

Uishhh macam serious je bunyinya. Ahaks. Saja nak buat serious sikit. Sapa dapat teka aku nak update entry pasal apa ni, ce angkat tangan! actually, 'balasan janji palsumu' ni tajuk lagu (lagu jiwang). Aku dah mendalami lirik lagu dia, Perghh penuh makna baq hang! Tak caya? jom nyanyi.

Pada suatu waktu engkau bersumpah,
Bahawa engkau ikhlas menyintaku,
Dan engkau berjanji,
Akan setia pada aku.

Aku pun percaya,
Sumpah setiamu,
Lalu aku pun terima dirimu,
Sebagai kekasih.

Ku serah,
Ohh jiwa dan raga ini,
Hanyalah untukmu.

Di awal percintaan,
Sungguh indah hidup kita,
Dan kemesraanmu,
Membangkitkan kasih sayang.
Betapa relaku,
Berkorban untukmu.

Tetapi mengapa,
Dengan tiba tiba engkau membenciku,
Hingga kau tergamak,
Tidak sudi lagi memandangku.

Ohh di mana sumpah setiamu dahulu,
Ohh sayang?!
Seandainya suatu hari nanti,
 Hidupmu tak bahagia,
Itulah balasan sumpahan janji palsumu.

Haaa amacam? Best tak? Kalau fefeeling betul betul tu meleleh ayaq mata oo! Sebenarnya aku suka seni kata lirik lagu tu. Sungguh mendalam. And kalau perasan kan, lirik tu macam jadi satu cerita. Mula mula cerita pasal awal percintaan. Memang best la. (Taik gigi pun rasa macam coklat hacks). yedakk? Lepas tu, bila dah lama lama bercintan cintun ni, mula la rasa boring la. Tu tak kena. Ni tak kena. Ada ja yang tak kena kan. Tapi sekarang ni, kebanyakkan percintaan mula goyah bila ada pihak ketiga. (tak kira la belah perempuan ke lelaki ke) Dua dua sama ja. Bila dah mula curang memang susah la nak bahagia. Dan memang patut la pun ada sumpahan sumpahan bagai tu (ada dalam lirik) sebab aku percaya masa mula mula bercinta, mesti berjanji nak setia la, sehidup semati la bla bla bla. Akhirnya, Kau yang tak setia! memang patut pun kau kena sumpah sebab kau dah mungkir janji. (marah ni) Wahh aku yang fefeeling lebih. Sebab aku memang pantang betul la bila ada orang yang nak ganggu hubungan orang lain ni. Orang macam ni memang tak boleh tengok orang lain bahagia. Betul tak?  
#First entry in 2015

No comments:

Post a Comment

Hi, leave your advice here ;)