Wednesday 31 December 2014

Balasan Janji Palsumu.

Hi uolls! Hiks lama aku tak update blog ni. Today baru ada kesempatan nak belek belek blog ni. huhu. Done blogwalking and follow others blog. Then tiba la masanya untuk aku update aku punya next entry pulak. 

.BALASAN JANJI PALSUMU.

Uishhh macam serious je bunyinya. Ahaks. Saja nak buat serious sikit. Sapa dapat teka aku nak update entry pasal apa ni, ce angkat tangan! actually, 'balasan janji palsumu' ni tajuk lagu (lagu jiwang). Aku dah mendalami lirik lagu dia, Perghh penuh makna baq hang! Tak caya? jom nyanyi.

Pada suatu waktu engkau bersumpah,
Bahawa engkau ikhlas menyintaku,
Dan engkau berjanji,
Akan setia pada aku.

Aku pun percaya,
Sumpah setiamu,
Lalu aku pun terima dirimu,
Sebagai kekasih.

Ku serah,
Ohh jiwa dan raga ini,
Hanyalah untukmu.

Di awal percintaan,
Sungguh indah hidup kita,
Dan kemesraanmu,
Membangkitkan kasih sayang.
Betapa relaku,
Berkorban untukmu.

Tetapi mengapa,
Dengan tiba tiba engkau membenciku,
Hingga kau tergamak,
Tidak sudi lagi memandangku.

Ohh di mana sumpah setiamu dahulu,
Ohh sayang?!
Seandainya suatu hari nanti,
 Hidupmu tak bahagia,
Itulah balasan sumpahan janji palsumu.

Haaa amacam? Best tak? Kalau fefeeling betul betul tu meleleh ayaq mata oo! Sebenarnya aku suka seni kata lirik lagu tu. Sungguh mendalam. And kalau perasan kan, lirik tu macam jadi satu cerita. Mula mula cerita pasal awal percintaan. Memang best la. (Taik gigi pun rasa macam coklat hacks). yedakk? Lepas tu, bila dah lama lama bercintan cintun ni, mula la rasa boring la. Tu tak kena. Ni tak kena. Ada ja yang tak kena kan. Tapi sekarang ni, kebanyakkan percintaan mula goyah bila ada pihak ketiga. (tak kira la belah perempuan ke lelaki ke) Dua dua sama ja. Bila dah mula curang memang susah la nak bahagia. Dan memang patut la pun ada sumpahan sumpahan bagai tu (ada dalam lirik) sebab aku percaya masa mula mula bercinta, mesti berjanji nak setia la, sehidup semati la bla bla bla. Akhirnya, Kau yang tak setia! memang patut pun kau kena sumpah sebab kau dah mungkir janji. (marah ni) Wahh aku yang fefeeling lebih. Sebab aku memang pantang betul la bila ada orang yang nak ganggu hubungan orang lain ni. Orang macam ni memang tak boleh tengok orang lain bahagia. Betul tak?  
#First entry in 2015

Saturday 20 December 2014

Lil-sister.

Hi peeps and all students batch 99 especially to my little sister. Hee. Student pt3 kan? 
Amacam best tak pt3? Aku dengar macam ramai je tak suka pt3 ni kan? (nasib baik tahun aku pmr lagi) lalalala.

Result pt3 22hb kan? kesian pulak aku tengok adik aku macam separuh gila dah sebab takut dengan result pt3 dia. huhu. Dengar cite gred naik yedakk? maknanya, 80-100 markah baru 'A' la ye? uishh uishhh kesian :'( aku pun rasa pt3 ni lagi susah dari pmr. Ermmm nasib korang la students batch 99. Nak buat camne kan time korang KPM tukar sistem pendidikan tu. Apa apa pun aku yakin korang dah buat yang terbaikkan. Redha je la adik adik oiii. Pt3 bukan penentu segalanya. Hidup mesti diteruskan. Cewahhh aku ni. Tunggu la nanti result SPM aku pulak keluar, tengok aku jadi gila macamana pulak. Haha. Still have around 71 days more. Hee. 

To my little sister, aku yakin kau dah buat yang terbaik. Kalau dapat straight 'A's, Alhamdulillah. Kalau tak dapat pun, terima je la seadanya. Kau dah berusaha kan. Biar Allah yang tentukan ;)

Monday 15 December 2014

People's Habit.


Hello readers. This night I'll talking about 'People's habit' or 'Tabiat manusia' zaman sekarang. Lebih spesifik lagi, aku nak cerita pasal tabiat manusia yang suka berdengki/iri hati ni. Aku cukup tak faham dengan manusia yang macam ni. Perlu ke diorang nak berdengki bagai ni?

Manusia yang macam ni memang tak boleh tengok orang bahagia sikit, ada ja diorang tak puas hati. Padahal orang tu takde buat salah apa pun dekat dia. Cuma dengki je lebih, sebab orang lain bahagia dari dia. Selalunya benda macam ni terjadi dalam kalangan perempuan. Lelaki ni jarang sikit nak dengar pasal dengki dengki ni, bukan takde langsung, ada tu ada cuma tak sebanyak perempuan. 

Aku rasa tak perlu kot berdengki sebab Allah dah bagi adil dah kat semua manusia, ada kelebihan ada kekurangan. So nak buat apa kita tak puas hati kat orang lain. Orang lain pun ada life dia sendiri. Mungkin nampak je dia bahagia, sebaliknya dia pun ada kesedihan dia. Kita mana tahu kan setiap orang ada masalahnya yang tersendiri. Jadi tak payah la nak cemburu dengan kebahagiaan dia. Kau pun tak kan tak pernah ada kebahagiaan kau sendiri kan. Just jaga diri kau sendiri. Jangan nak masuk campur hal orang lain dengan perangai buruk kau tu.

Friday 12 December 2014

Eight days.

Hi, see you again. Hiks. Apa yang 'eight days' tu? hee. 
Sebenarnya gini, aku ada beli online kat miss ni. 4 December lagi dia dah post guna 'Airpak express'. Tapi sampai 12 December parcel tu tak sampai sampai lagi kat rumah aku. That's means dah 8 hari. Pelik. Selalunya kalau post 'ekspress' ni cepat je sampai. Rupa-rupanya, parcel tu aku kena ambil kat office dia la. Hahaha. Lawak kau ni Effa oiii. Mana la aku tahu. 'Airpak Express' tu pun aku tak pernah dengar. So esok aku kena g ambil la.. Hiks.

Monday 8 December 2014

Let's make friend with me ;)

Hello readers! my name is 'My Fairy Tales'. I have been born on 08 December 2014 by my owner, Miss Effa. Love to share with you about life, love, friendship and others. Hope you like it! Oo yeah, one more thing, kalau dah baca, jangan lupa follow and leave your footstep at my cbox eh. I'll will follow you soon. Okay then, bye. See you soon in next entry. Happy reading :)