Hai!
Tadi dah update dah satu entri. Yang ni kira entri kedua la ye. terlebih rajin pulak hari ni. Yelah kan adik takde. Dok sesorang layan novel. bila dah agak lama baca novel tu, update blog pulak. Terjadi la lagi satu entri. Memang dah style aku ceni tak boleh stick pada satu satu benda tu. Mesti cepat rasa boringggg. grrrrr~
Tadi sebelum update ni aku baca novel 'Perempuan Lindungan Kaabah' karya Hana Ilhami. Tetap layan jugak novel ni walaupun ada filem dia dah dan aku pun dah tengok filem dia tapi saja syok syok nak baca novel dia. Sebab ada orang kata, dalam filem and novel ada sesetengah tu tak sama jalan cerita dia. Tapi memang aku akui la. Filem banyak part yang dia cut. Almaklumlah nak jimatkan masa. Nanti boring pulak yang menontonnya, yedakkk? Hiks. Novel dia memang best and banyak la information tentang region kat situ.
Kepada pembaca novel, kalau nak tahu best dia tahap macam mana, aku saran korang g beli. Tak rugi pun sebab memang best. macam promoter pulak aku nih. Hiks. Ok nak mandi.
Bye. I love you ;*
Hai sayang sayang sekalian. bertemu kita kembali ;)
Huhu. kesian kat blog ni. Habis berabuk. So today, kasi cuci sikit.
Ok aku tak nak panjang panjang sembang kat sini. Just straight to the point untuk topik hari ni. Entri kali ni berkaitan dengan adik aku. Sedih sebab adik aku dah balik asrama 22hb hari tu. amboi kau hari ni baru nak sunyi. Hari ni baru aku dapat update. 22hb hari tu memang terasa kesunyian dah, cuma tak berkesempatan nak update entry je lagi.
Sunyi sebab selalunya siang, lepak, sembang sembang, jogging, and banyak lagi la. Tapi bila dia balik asrama, semua tu dah tak jadi rutin dah. Sunyi sebab takde orang nak bagi nasihat kat aku. Sedih sebab takde orang nak bergurau. Hiks.
Akhir kata, cepat la adikku balik! akakmu merinduimu. Kah!
Ok bye ;)
Hi uolls! Hiks lama aku tak update blog ni. Today baru ada kesempatan nak belek belek blog ni. huhu. Done blogwalking and follow others blog. Then tiba la masanya untuk aku update aku punya next entry pulak.
.BALASAN JANJI PALSUMU.
Uishhh macam serious je bunyinya. Ahaks. Saja nak buat serious sikit. Sapa dapat teka aku nak update entry pasal apa ni, ce angkat tangan! actually, 'balasan janji palsumu' ni tajuk lagu (lagu jiwang). Aku dah mendalami lirik lagu dia, Perghh penuh makna baq hang! Tak caya? jom nyanyi.
Pada suatu waktu engkau bersumpah,
Bahawa engkau ikhlas menyintaku,
Dan engkau berjanji,
Akan setia pada aku.
Aku pun percaya,
Sumpah setiamu,
Lalu aku pun terima dirimu,
Sebagai kekasih.
Ku serah,
Ohh jiwa dan raga ini,
Hanyalah untukmu.
Di awal percintaan,
Sungguh indah hidup kita,
Dan kemesraanmu,
Membangkitkan kasih sayang.
Betapa relaku,
Berkorban untukmu.
Tetapi mengapa,
Dengan tiba tiba engkau membenciku,
Hingga kau tergamak,
Tidak sudi lagi memandangku.
Ohh di mana sumpah setiamu dahulu,
Ohh sayang?!
Seandainya suatu hari nanti,
Hidupmu tak bahagia,
Itulah balasan sumpahan janji palsumu.
Haaa amacam? Best tak? Kalau fefeeling betul betul tu meleleh ayaq mata oo! Sebenarnya aku suka seni kata lirik lagu tu. Sungguh mendalam. And kalau perasan kan, lirik tu macam jadi satu cerita. Mula mula cerita pasal awal percintaan. Memang best la. (Taik gigi pun rasa macam coklat hacks). yedakk? Lepas tu, bila dah lama lama bercintan cintun ni, mula la rasa boring la. Tu tak kena. Ni tak kena. Ada ja yang tak kena kan. Tapi sekarang ni, kebanyakkan percintaan mula goyah bila ada pihak ketiga. (tak kira la belah perempuan ke lelaki ke) Dua dua sama ja. Bila dah mula curang memang susah la nak bahagia. Dan memang patut la pun ada sumpahan sumpahan bagai tu (ada dalam lirik) sebab aku percaya masa mula mula bercinta, mesti berjanji nak setia la, sehidup semati la bla bla bla. Akhirnya, Kau yang tak setia! memang patut pun kau kena sumpah sebab kau dah mungkir janji. (marah ni) Wahh aku yang fefeeling lebih. Sebab aku memang pantang betul la bila ada orang yang nak ganggu hubungan orang lain ni. Orang macam ni memang tak boleh tengok orang lain bahagia. Betul tak?
#First entry in 2015